16 februari 2026. isnin.
aku dulu masa nak dekat habis intern, aku dah start aktif job hunting sana sini. yang pastinya, aku dah taknak kerja dalam bidang yang aku belajar masa degree. aku nak buat benda lain pulak. so, aku gamble ja apply kerja entry-level untuk admin, hr, dan vet assistant. pendek ceritanya, dua minggu lepas habis intern baru la aku dipanggil interview untuk vet assistant. borak punya borak masa iv tu, boss aku cakap yang actually dia tengah urgent mencari receiptionist, bukannya vet assistant. aku pun okay saja la sebab aku pun terdesak nak kerja. lagipun receptionist tu ada kaitan lebih kurang dengan admin jugak kan? so kira aku ni killing two birds with one stone la ni hehe.
sepanjang aku kerja sini, aku terkejut tengok ragam customers yang pelbagai. aku baru satu minggu kerja, dah kena dengan customer sebab ada sedikit salah faham berlaku. macam-macam dah aku hadap. ada yang tak dapat terima yang kami terpaksa hadkan perkhidmatan kerana kekurangan tenaga pekerja, ada yang paksa nak kita tengok jugak pet depa walaupun kami dah tak dapat nak accommodate case, ada yang taknak datang ambil pet mereka dekat ward masa dr dah bagi discharge. to this date, april ni genaplah 4 tahun dah aku kerja sini.
tapi sekarang, aku dah lebih daripada bersedia untuk berhijrah menuju fasa hidup yang baharu. aku dah puas hati timba pengalaman di sini. aku actually kan, dulu aku nak kerja sini sebab aku nak kumpul pengalaman sambil kumpul untuk apply second undergraduate degree, which is dvm. tapi kan, lepas beberapa lama di sini dan macam-macam dah aku experiance, aku batalkan hasrat aku untuk sambung belajar.
aku teringin nak masuk sektor kerajaan tapi susah gila ya nak lepas. banyak level kena lepas untuk melayakkan diri ke sana. harap-harap ada rezeki la aku. ☺️
0 comment(s)